Tiada Siapa Faham

| 0 comments |



Tiada siapa faham
derita jiwa ini
derita hati ini
gundah pemikiran ini
serabut minda ini
duka disebalik senyuman ini
redup pandangan mata ini

Ada yang cakap mereka faham
Tetapi sebenarnya mereka hanya mengetahui

Hanya satu yang sentiasa faham
Di atas sana...

LEER MÁS...

Aku

| 0 comments |



Aku,
Sedar status diri
Sedar kelemahan diri
Sedar kelembutan hati
Sedar siapa diri
Sedar kekurangan jiwa

Namun aku,
Hanya manusia
Hanya seorang hamba Allah
Hanya insan
Hanya seorang perempuan

Aku,
Cuba baiki diri
Cuba menjauhi
Cuba mengenali
Cuba memahami.

LEER MÁS...

DIAM

| 0 comments |



Diam kamu
Untuk sedarkan aku

Diam kamu
Untuk rajuk kamu

Diam kamu
Untuk beri pengajaran buat aku

Diam kamu
Membunuh jiwa aku

Diam aku
Membawa diri

Diam aku
Muhasabah diri

Diam aku
Mengenang nasib diri

Diam aku
Kerana aku tak layak dibumi

Terima kasih pada kamu..
Ampun dan maaf aku mohon...

LEER MÁS...

Tak Peduli

| 0 comments |



Bagi dirinya,
Selagi aku begini,
Dia tak peduli...

Bagi aku,
Selagi aku begini,
Aku makin sedar
Kejamnya hukuman yang dia bagi

Tak peduli,
Sampai bila?
Sampai aku mati?

Hanya mohon ampun dan maaf
Yang aku mampu pinta
Kerana aku masih peduli

LEER MÁS...

K.A.M.U

| 0 comments |



Kamu,
Ya kamu...
Aku tahu kamu baca
Aku tahu kamu tahu
Aku tahu kamu marah
Aku tahu kamu merajuk
Aku tahu kamu tak peduli
Aku tahu kamu tak nak mengerti
Aku tahu kamu tak kisah


Satu aku mohon dari kamu,
Belajar terima aku dengan rasa aku begini.

Jika kamu boleh,
Kamu pasti bahagia.

LEER MÁS...

Kasihnya Allah SWT

| 0 comments |



Betapa kasihnya Allah SWT
pada diri ini kerana dibekalkan ujian yang mencabar rasa hati
pada diri ini kerana diberikan ujian yang menggugat pertalian anak dan ibu bapanya
pada diri ini kerana dihulurkan ujian yang mencalarkan kepercayaan naluri jiwa
pada diri ini kerana diizinkan ujian yang membuka mata hati tentang seseorang
pada diri ini kerana ditunjukkan ujian yang menyedarkan diri tentang sikap seseorang...


Betapa kasihnya Allah SWT
pada diri ini...


Tabah, cekal, dan kekuatan yang aku mohon untuk aku terus hidup...
Kerana aku tahu, hanya Allah tidak akan pergi tinggalkan aku untuk selamanya...

LEER MÁS...

Senyuman

| 0 comments |



Senyuman itu...
Ikhlas?
Jujur?
Berlakon?
Sengaja?

Ada yang kata senyuman itu terlalu bahagia
Ada yang kata senyuman itu ikhlas
Ada yang kata seyuman itu jujur...

Aku?
Hanya aku tahu maknanya..
Kamu?
Jika kenal aku, tak perlu bertanya
kerana kamu tahu jawapannya..

Sakit sebab senyuman itu?
Aku?
Tak rasa, yang tahu senyuman itu kosong
Penyedap hati orang sekeliling...
Kamu?
Aku tahu kamu sakit
Maafkan aku sebab lakonan itu terlalu memberi kesan...

LEER MÁS...