PRU13: IniKalilah...

| |

Isu panas lagi panas dari pisang goreng, apa lagi, sure psl politik Malaysia. Tmbhn pula skrg ni kempen merata, poster merata, and bendera parti merata2. PRU13 tggl 8 hari sahaja lagi..

Apa yg sy ingin kongsi dlm entry kali ni, bknlah menunjukkan sy anti or pro mana2 parti ye. Hanya mahukan sistem demokrasi difahami dgn lbh baik lagi spy kita dapat membuat keputusan dgn lbh bijak dan melakukan perubahan ke arah yg lbh baik, In Sha Allah..

Apakah itu DEMOKRASI?  --> DEMOKRASI
Dalam erti atau maksud yg mudah, demokrasi bermaksud satu sistem politik yang memberi peluang kepada rakyat untuk membuat sebarang keputusan yang penting mengenai polisi awam. Jadi demokrasi ni boleh dikatakn dasar terbuka dalam politik yg mana sesiapa yg rasa dirinya berkelayakkan untuk mewakili rakyat boleh bertanding di dalam pilihanraya, dan pemenang akan mewakili suara rakyat dalam pembentukan dasar kerajaan yg lbh baik.

Sebnrnya, ssh nk dptkn definisi demokrasi ni. Mcm2 fahaman ada, jadi jika anda mahu tahu lbh lanjut, sila klik pd perkataan demokrasi di ats ye.

Highlight: Yg sy xphmnya, kata Malaysia sebuah negara yg mengamalkan demokrasi, jd PARTI-PARTI politik yg bertanding perlu diberi peluang yg sama di media massa utk membentangkan manifesto mereka bknnya berat sebelah. SBB yang bertanding sekarang ini adalah PARTI BUKAN KERAJAAN ATAU PEMBANGKANG. Kerajaan dh bubar makanya skrg rakyat diberi pilihan untuk memilih KERAJAAN yg BARU. Sy harap sila jgn hentam sy, fahamkan dulu konsep sistem demokrasi dan pilihan raya. 

Apakah SISTEM DEMOKRASI yg diamalkan di Malaysia?  --> Demokrasi Berparlimen
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dibwh pentadbiran Raja Berperlembagaan. Sistem ni sebnrnya adalah drp sistem demokrasi secara tidak langsung yg mana suara rakyat diwakilkan melalui wakil yg menang semasa pilihan raya melalui dua dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Cukup kot info mengenai sistem demokrasi. Xpyh byk2 sgt nnt pening plak nk phm. bnda yg simple pun ssh nk faham, if sy ltk byk sgt fakta sini nnt weng terus kepala otak tu. So mari kita beralih kpd ISU-ISU yg sering menjd topik perbualan dikala PRU13 makin hampir...

Situasi 1: Nak pilih org ka nak pilih parti? 
Ini soalan eh, rsnya kna tepuk dada ty hati. Jika anda mahu perjuangkan agama, maka pilihlah orang yg akan perjuangkn niat suci anda itu.. Jika anda kata yg wakil-wakil bertanding itu sama2 perjuangkan agama anda, maka kenalilah hati budi mereka itu dgn mencr info2 mengenai mereka, apa pencapaian yg mereka dh dpt sehgga mereka lyk mewakili anda, dan berapa tggi tahap keyakinan anda bhw org itu akan membw kpd kemajuan rakyat dan keamanan Malaysia serta sejauh mana mereka itu mampu pertahankn agama yg anda cintai serta bagaimana mereka mahu bntu Malaysia maju dr aspek ekonomi dan sosial.

Situasi 2: Pilih kerajaan ka pembangkang?
Wahai rakyat Malaysia yg dikasihi sekalian, PARLIMEN telah dibubarkan pada 3 April 2013, makanya, mandat KERAJAAN semasa dgn secara rasminya berakhir pada 28 April 2013. Ada faham? Jadi rakyat Malaysia yg cemerlang, terbilang dan gemilang, usah ditanya mana yg mahu dipilih. Undi tu kan RAHSIA. Tp bg anda smua yg msh blum faham, mari sy jelaskn sedikit yer. Yg bertanding adalah PARTI-PARTI. Oleh itu, selagi belum menang pilihan raya, maka BN, PAS, DAP, PKR dan lain hanyalah PARTI yg bertanding. Jika BN menang maka, nnt BN akn jd kerajaan, jika PAS menang maka nnt PAS lah yg akn jd kerajaan dan begitulah dgn parti-parti lain. Yg mana menang 2/3 dewan maka parti tersebut layak menjd wakil kerajaan Malaysia. Faham??

Situasi 3: Boleh kah kita pilih pembangkang pdhal selama ni kerajaan yg berusaha memajukan negara?
Ini lagi satu soalan yg sebnrnya x perlu nk dity. Inilah sebnrnya tujuan PRU diadakan. If x, baik xpyh negara demokrasi, baik autokratik ja. Sng, xpyh bg rakyat buat pilihan. Ye x? If anda rs anda perlukan perubahan, makanya jdlah agen perubahan itu. Jangan terpengaruh dgn kata2 org disekeliling. Undi anda adalah rahsia, yg thu hanya anda dan ALLAH. Ini lagi satu, sbg org Islam, kita perlu ingt yg kita akn dihisab di akhirat kelak, mulut x akan berbicara, yg berbicara ialah anggota bdn kita yg lain, maka pilihlah dgn bijak. Jika anda yakin, wakil dr parti A yg plg layak, berdoalah agar plhn anda itu yg terbaik dan agar dia menjd pemimpin yg baik, jika anda rs wakil dr B layak maka pilih dia dan tawakkal serta berdoa agar dia menjd pemimpin yg baik. If x faham jugak, sila baca balik Situasi 2 ye. Sy rs kata2 dr Dr.Maza sgt menarik dan boleh dijadikan renungan bersama,

"...air yang bertakung lama akan rosak dan mula dijangkiti kuman dan nyamuk..manusia ataupun kumpulan yang terlalu lama berkuasa akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit politik dan penyelewengan harta..apabila kita nampak zahirnya kerakusan dan salahguna kuasa serta harta maka bersegeralah menukar dengan gantian yang lebih selamat.."

Situasi 4: Ketaksuban politik
Ini situasi yg plg menampakkan betapa ceteknya permikiran seseorang individu itu bila dia berbicara. Wahai rakyat Malaysia yg bijak memilih, anda adalah penentu masa dpn negara, jgn terlalu taksub sehingga membawa ke tmpt kerja. Itu sggh tidak profesional. Jgn bila ada yg pkai hijau ketika dtg tmpt kerja terus labelkn dia sbg ahli PAS. Mana la tau dia mmg suka hijau, hari tu plak dia teringin nk pakai hijau, anda terus label dia. Bila pakai biru ja anda kata ooo dia org kuat BN ni. Aduh, terasa nk gelak golek bila ada org label mcm tu, sggh keanak-anakan rsnya bg sy.. N btw, cth ye, kalau cikgu label anak2 tuan n puan pndai plak p serang cikgu, so jgn la nk label2 org ni, dia ada hak dia, jgn if anda tau dia sokong pihak tertentu anda pulaukan dia, itu sggh x berperikemanusiaan. Jika itu yg anda fikirkan bermakna anda bukanlah rakyat Malaysia yg bijak. Anda mungkin sdh lama berada dlm Parti tertentu makanya ada kemungkinan besar anda akan begitu taksub dgn ideologi Parti berkenaan, jgn begitu ethnosentric sgt. Dia ada fahaman dia, anda ada fahaman anda, jgn terlalu taksub sehgga anda berlbhan, gunakan cara berhemah jika anda mahu dia menyertai perjuangan anda.

Situasi 5: Menunding jari
Jika anda dengar mana wakil yg dlm kempennya asyik menunding jari mencari kesalahan Parti yg lagi satu, anda x rs berbulu ka telinga mendgrnya? If sy mmg berbulu telinga ni, ye lah, cr salah org pndai, salah sendiri sembunyi. Sembunyi2 pun nnt org akn thu jugak, if bkn di dunia di akhirat kelak. Anda yg mengundi ni pun akn terlibat sama, nnt di Padang Masyar, Allah akn ty kenapa awk plh dia sbg pemimpin? Ha, skrg bleh sembunyi, nnt xda sembunyi2. Jadi pg la dgr kempen smua Parti pun xpa, if org ty, "Bkn awk org BN ka? buat apa mai sini, mengintip?" Anda jwb mcm ni, "Sy nk jd pengundi bijak, sy nk dgr kempen smua Parti, nnt boleh buat keputusan yg betul." X begitu? Npk intelligent sket. KEMPEN ni bertujuan untuk wakil2 yg dipilih semasa penamaan calon untuk membentangkan perancangan mereka untuk anda di masa hadapan. Jika anda yakin dgn kata2 A maka pilihlah A, jika anda yakin dgn B maka pilihlah B. Dan apabila anda dh pilih, jgn la pulak lps ni anda tggl wakil2 anda tu bekerja seseorg dia ja, anda pilih dia maka anda kna berusaha dgn dia spy apa yg dirancangkan ketika berkempen akn menjd satu perubhn yg lbh baik. Ini spy nnt anda x menunding jari plak, jgn dh undi pastu biar ja, salah tu, kna la sama2 tlg wakil rakyat yg diplh tu br lbh maju. OK??


Baiklah, sy rs cukuplah sy penerangan sy selaku rakyat Malaysia yg mahu melihat smua rakyat yg berdaftar mengundi dgn bijak. Anda mgkn tidak bersetuju dgn kata2 sy tetapi tepuk dada ty akal dan hati anda. Jgn marah sy atau hentam sy kerana ini adalah pndgn ikhlas sy selaku rakyat Malaysia yg mahu melihat Malaysia terus maju serta mempunyai satu sistem demokrasi serta politik yg matang. Marilah kita sama2 mematangkan diri sendiri dan melakukan keputusan yg bijak.

Bagi sesiapa yg mls sgt nk fikir, tgk video ni --> Memilih Pemimpin untuk Noobs by Matluthfi.

2 comments:

sweetieyati said...

nice one :)
ini kalilah..hee~~
sy bry ja blik dgr ceramah tn guru harun din...best sgt,bnyak ilmu dpt..dia pun explain psal demokrasi

lya89na said...

Thanks dear one. :) Teringin sy mau pg dgr itu ceramah.

.