Mampukah aku??

| |

Mampukah aku?? Satu persoalan yg sering bermain di minda.. aku telah diberi peluang oleh-Nya utk membersihkan kotoran2 degil dihati ini agar aku meneruskan perjuangan ke jalan yg diredhai-Nya.. tetapi aku sering kali dinodai nafsu dunia yg menggila membuatkan aku lalai dan alpa.. mampukah aku membimbing adik2ku agar mereka juga memahami tujuan hidup yg sebenar??

Sesungguhnya hati ini terasa gundah-gulana apabila memikirkan perkara itu, semakin terasa aku tidak layak utk dijadikan role model oleh adik2ku.. Solat fardhu, masih lg terumbang-ambing, memahami erti surah2 dan ayat2 suci Al-Quran, masih lg kabur.. mampukah aku mendidik hati ini sebelum nyawa di cabut malaikat Izrail?? Mati itu terlalu dekat, amatlah dekat namun sering kali aku lupa, kerana aku sibuk mengejar dunia..

Ya Allah, mampukah hati insan kerdil ini mendpt cinta-Mu yg Maha Penyayang lg Maha Mengasihani?? Aku berani mengaku bhw aku mampu mengharungi dunia ketika Engkau jadikan aku di dlm rahim ibuku.. Oleh itu, Engkau beri aku peluang utk hdp di dunia ini.. tp kini, aku merasakan seolah2 aku tidak terdaya mengharungi godaan dunia.. aku hilang tujuan sebenar aku diberi peluang utk melihat dunia yg fana ini.. aku lupa tanggungjawab yg diberikan ketika aku dlm kandungan ibuku..

Mampukah tangisan aku, serta doa2ku mengubati dan menghapuskan dosa2 lalu?? Terasa begitu berat perasaan ini utk aku gmbrkan..Ya Allah, berikanlah perlindungan kpd hati ini, agar aku mampu utk meneruskan perjuangan menuju jln yg lurus dan membersihkan hati tatkala aku melalui jln itu..

0 comments:

.