Tersentap!

| |

Bleh tgk link ni dlu sblum baca entri aku kali ni: ----> Karam Singh Walia Hina Melayu

Bila aku ternpk video ni "Karam Singh Walia Hina Melayu" kt bhgn sugggestion seblh kanan kt youtube time tgk Maharaja Lawak, terpggl2 aku utk tgk..tatau la sbb apa.. and lps dh tgk..perasaan aku bercmpur, mcm2 ada..rs mrh, bengang, geram, sedey tp bkn dgn yg Karam Singh ckp..tp dgn cara org Melayu respond kpd apa yg dia ckp.. Yer, aku akui mmg apa yg dickp tu bg aku tersgt la membuatkn bangsa Melayu marah tp sbg manusia, kita x lps dr membuat kesilapan kn? x boleh ker tgur baik2, yela mmg la dia bangsa lain, tp jgn api dibalas dgn api..padah jdnya..aku tgk reaksi org2 yg marah tu aku sgt2 tersentap, mcm tu cr kita nk bangsa kita di hormati??

Aku thu dan sgt2 pasti yg jika ada org yg terbc entri ni, pasti akn mengutuk aku sbb aku x sokong bangsa sendiri..tp dr segi sudut yg positif aku rs x salah aku nk bg pndgn aku sbg seorg manusia.. Sedih rs bila ada yg ambik tndkn melulu mcm tu, aku phm, jika aku dgr apa yg Karam Singh ckp tu dr awal pun mesti aku bengang and marah tp setakat membebel sorg2 ja dlm hati x pun cerita dgn kwn2..and if aku nk tgur pun aku akan cuba utk tegur dgn cara berhemah sket sbb aku nak bangsa Melayu ni dihormati.. and kalau aku nk tggikn suara pun aku akn pastikan kata2 aku tu boleh diterima dek akal bangsa lain dan bagi sesuatu kata2 psychology spy dia akn berfikir dua kali selps ni if dia nk kutuk bangsa Melayu...

Dan lg satu, kita ada agama, kita ada kepercayaan, sbg bangsa Melayu yg beragama Islam, jgnlah biarkn perasaan marah menguasai diri kita.. Amarah ni bkn sja boleh menyebabkn kita hlg kawalan tp dlm x sedar kita mgkn membahayakan nyawa sesorg.. Kita buka balik tafsir Al-Quran, byk Allah turunkan ayat "Bersabarlah wahai org2 beriman ..." Allah nk kita bersabar, kita berdoa dan tawakal pd DIA sbb hanya DIA yg tahu apa balasan yg setimpal utk mereka.. jgnlah kita menghukum sesorg hy kerana kita judgmental dan ethnocentric, berbaliklah kpd Yg Maha Esa sbb hy DIA yg layak memberikan hukuman..

Yg terakhir aku nk smpaikan, pepatah Melayu ada mengatakan "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".. betul kan? jgn kerana tindakan beberapa org bangsa kita bertindak sedemikian yg lain turut dipndg serong.. sama2 la kita muhasabah diri balik, sbb aku pun rsnya ada jugak kutuk2 bangsa lain tp jgn la melampau sbb aku pun sedar keadaan bangsa aku mcm mana, smua ada kelemahan dan kelebihan, jd yg mana lemah kita sama2 baiki dan yg mana lebih sama2 kita berikan..spy org lbh hormat dgn kita.. dan jika kita nk dihormati, ditegur dgn baik bila wat salah, diberi tunjuk ajar dgn cara yg baik kita kna la buat dlu, berikan apa yg kita mahu ni kpd org lain sbb InsyaAllah, Allah Maha Adil, DIA akan beri kita apa yg septtnya..

Itu saja dr aku insan yg hina ini..sesungguhnya yg baik itu dtgnya dari Allah S.W.T dan yg kurang baik itu ats kelemahan diri aku sendiri.. Salam~~~   


0 comments:

.