Detik 12.00am 2011

| |

Setiap tahun, beginilah suasana yg dirasai setiap manusia..ada yg mahu meneruskan segala azam dan impian utk terus mara kehadapan tanpa menoleh lg ke belakang..namun masih ada juga yg berada di tahap yg sama tnpa sebarang perubahan serta usaha..bagi yg berubah teruskan lagi utk memantapkan diri menuju ke arah sinar Illahi.. Detik 12.00am penentu 365 hari seterusnya..

Setiap malam tahun baru pasti ada konsert serta pancutan bunga api bg meraikan kemeriahan tahun baru.. seharusnya kita sedar, apabila tibanya tahun baru, usia kita semakin meningkat, berkemungkinan besar, malaikat maut sedang menanti utk menjemput kita pada tarikh, jam, minit, saat serta detik yg telah ditetapkan Allah S.W.T. tetapi sedarkah kita dgn hakikat itu?

Pada malam terakhir utk thn ini, seharusnya kita sbg hamba yg kerdil lg hina ini, perlu muhasabah kembali tntg diri, apa yg tlh dilakukan sepnjg 365 hari thn 2010, apakah sumbangan yg dilakukan utk agama, bangsa dan negara? Masih jahilkah diri ini? Masih hinakah diri ini?

2010 banyak mengajar diri ini erti ketabahan dlm mengecapi kebahagiaan, erti kasih sayang sesama insan, erti kasih sayang Allah kpd makhluk-Nya.. suka duka yg dirasai sepnjg 2010 akan menjadi memori bg diri ini agar trus berusaha mencari sinar yg selama ini sentiasa ada dihadapanku..akan ku paksa diri ini agar lbh gigih menjd insan berilmu serta bertaqwa kpd-Nya..

aku bkn insan yg warak dan alim, aku bkn seperti Siti Khadijah r.a yg sentiasa setia membantu Rasulullah S.A.W menyebarkan ajaran Allah S.W.T, aku bkn seperti Sumayyah yg berjuang menegakkan Islam sehingga ke penghujung nyawanya, aku bkn seperti Aisyah r.a, yg sentiasa tabah meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W setlh wafatnya baginda...namun aku percaya aku masih boleh berubah jika mempunyai asas yg kukuh dan kuat..Aku masih insan kerdil serta hina yg masih merangkak di jalan lurus yg Allah tunjukkan..

2010 akan ku tgglkan dgn seribu satu kenangan yg mgkn akan mengajar aku erti kematangan dan dewasa dlm menempuh arus kehidupan yg bakal mendtg.. Ya Allah, bimbinglah hati ini agar aku trus menuju jln-Mu yg semmgnya lurus.. Ya Allah, iringilah akal ini dgn ilmu dunia dan akhirat Mu yg akan membawa aku merentasi titian siratul mustaqim dgn tenang..Jauhilah diri ini dr segala kemungkaran duniawi..

Ya Allah, aku bersyukur kpd-Mu kerana membenarkan aku terus hidup di dunia ini selama 21 tahun..aku bersyukur kpd-Mu kerana memberikan aku keluarga yg xmgkn ditukar ganti..Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..

Semoga 365 hari seterusnya memberi aku sinar yg baru..

0 comments:

.