C.I.N.T.A

| |

Walaupun diri ini sering ditinggalkan,

Ku gagahi jua menempuh hari-hari mendatang,
Walaupun diri ini selalu menangis kerana cinta yang tidak kesampaian,
Ku bangun semula demi cinta yang lain...

Kerana aku percaya 
cinta mampu membuatkan seseorang itu lebih kuat,
cinta mampu membuka minda & hati seseorang untuk menjadi tabah,
cinta mampu membuatkan seorang insan sedar betapa besarnya 
cinta Tuhan yang Esa kepada makhluk-Nya...

Walau hati dirobek rasa kecewa,
Ku percaya Dia tidak pernah meninggalkan ku walau sesaat pun,
Ku percaya masih ada yang sudi berkawan & menyayangi diri ini,
Ku percaya ujian-Nya membantu ku menjadi lebih dewasa...

0 comments:

.